Brainly; Ifa
Friday, April 10, 2015 • 3:30:00 AM • 0 comments
Brainly
brainly.my adalah rangkaian pembelajaran sosial yang direka khas bagi membantu para pelajar untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Ini bersesuaian dengan objektif mereka iaitu belajar bersama antara satu sama lain dalam pembelajaran.
Brainly juga adalah sebuah syarikat yang terletak di Cracow, Poland, yang menguruskan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial untuk pelajar dan pendidik. Ia boleh didapati dalam 13 versi bahasa yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan dari lebih 35 buah negara di dunia. Syarikat ini beroperasi dalam Pendidikan Teknologi. Sistem ini adalah berdasarkan kepada mata motivasi dan unsur-unsur positif dimana pengguna boleh melibatkan diri dalam komuniti dalam talian.
Laman web ini merupakan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial berdasarkan rangka kerja yang biasa. Tambahan pula, ia adalah salah satu media sosial berhubung pendidikan dan pembelajaran. Ciri-ciri rangkaian sosial yang digunakan adalah untuk menyambungkan pengguna yang berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing dalam komuniti dalam talian ini. Projek ini adalah khusus untuk pelajar di peringkat rendah dan menengah. Malah, guru-guru serta ibu bapa boleh menggunakan laman web ini untuk menambah pengetahuan mereka. Akhir sekali ialah berkaitan matlamat Brainly yang berusaha memberi inspirasi kepada pelajar untuk belajar dalam komuniti bersama meneroka pengetahuan baharu dengan memberi tumpuan terutamanya para pelajar yang mempunyai masalah kerja rumah. Oleh hal yang demikian, Brainly telah mencapai sehingga 13 versi yang dikunjungi oleh lebih 30 juta pengguna unik setiap bulan.
source: Ifa
Ina, The Shining Star
Disclaimer
Hi, im Ina. Steal anything what u can steal :D.
Taggie Board
» Kindly no advertisement
» Harsh word not allowed :)
Back to past
Credits

» Template : Aulia Septiya
» Edited/Picture : Me
» Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
» Header & Cursor : Ziera
» Background : Qihah
» Font : Google
» Best view in Google Chrome


