SAPS; Intan
Monday, March 30, 2015 • 6:44:00 AM • 0 comments
KEGUNAAN
Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).
Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.
KELEBIHAN
- Dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di Bandar atau di luar Bandar.
- Boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah.
- Dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan
- Masalah dalam meminta data dapat dikurangkan, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak dengan mudah.
KELEMAHAN
- Kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan "CRASH" atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS.
- Boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.
CARA MENGGUNAKANNYA
Untuk guru
- Buka laman SAPS yang utama
- Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan kata laluan
- Klik log in
- Halaman seterusnya akan dipaparkan
- Taip "SAPS" di google search
- Pilih semakan ibu bapa
- Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
- Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
- Pilih tahun
- Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
- Pililh pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
- Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan
source: Intan
Ina, The Shining Star
Disclaimer

Taggie Board
» Kindly no advertisement
» Harsh word not allowed :)
Back to past
Credits

» Template : Aulia Septiya
» Edited/Picture : Me
» Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
» Header & Cursor : Ziera
» Background : Qihah
» Font : Google
» Best view in Google Chrome
